TAJUK 4: PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi
bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada
bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam
meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan
bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan
bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini
sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
Bahan sastera
Bahan tatabahasa
Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru
menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan
pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu
mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan
pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang
digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara
ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau
djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Aspek-aspek penilaian
• Kewibawaan (Credibility)
Dinilai menerusi kewibawaan penulis atau pengendali laman
web berkenaan
• Ketepatan (Accuracy)
Merujuk kepada tarikh, fakta dan maklumat yang mengiringi
sesuatu bahan sumber itu sama ada telah ditulis dengan betul atau tidak
• Kewajaran (Reasonableness)
Merujuk kepada sama ada ia menggambarkan keadilan,
pernyataan pendapat yang seimbang, sederhana serta ketekalan maklumat yang
dipaparkan.
• Sokongan (Support)
Kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh
penulis bahan sumber itu
Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan
kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain.
Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan
dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini
merangkumi beberapa jenis seperti:
Syair
Pantun
Seloka
Gurindam
Puisi
Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan
unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam
kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga
aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada
murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan
perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa.
Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula
terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh
gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan
menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas
murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga
isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya
dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web
· http://tatabahasabm.tripod.com/tata/
Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai
tatabahasa dan jenis-jenisnya
Jenis-jenis
tatabahasa
Kata nama
Kata Hubung
Kata kerja
Kata sendi nama
Kata nama khas
Memilih bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu
sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi
dengan
melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat
URL bidang lain adalah seperti:
No comments:
Post a Comment