Saturday, 19 January 2013

MINGGU 3 APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


TAJUK 3 APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

  1. MEMUAT TURUN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
  2. MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWER POINT

Pengenalan


Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet

  • Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

    Objektif Kod Etika
    i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
    ii. Memahami prinsip etika komputer
    iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
    iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
    v. Keperluan etika komputer
KONSEP ETIKA

Etika komputer
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan computer yang bertul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketetpatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah satu isu atau dilemma yang membabitkan etika.
  • Penggunaan komputerdalam era maklumat.
Masalah moral dan etika
  • Penggertak
  • Penyalah-gunaan internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian cetak rompak
MASALAH MORAL DAN ETIKA

Penggertak (Cracker)

  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
  • Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.

Penyalahgunaan Internet

  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus

  • Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.

Hakcipta

  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Perisian cetak rompak

PRINSIP ETIKA KOMPUTER

KESEIMBANGAN

  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

KEIZINAN TERMAKLUM

  • Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.


KEADILAN

  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.


MEMINIMUMKAN RISIKO

  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.



Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point

Brosur

Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER

  • Brosur ialah untuk sebagai media promosi.
  • Dimana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu.
  • Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.
 CARA MEMBUAT BROSUR


  • Buka Microsoft Publisher 2007

  • Setelah ‘application’ sudah dibuka, ‘screen’ akan memaparkan gambar seperti berikut,

  • Langkah seterusnya, pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur).
  • Contoh design yang saya pilih ialah ‘Tilt’


  • Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan.

  a. Contoh brosur






  power point

·    Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
·  Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.

Contoh tugasan Power Point yang bertajuk 'Prinsip dan Etika   Penggunaan Internet'














No comments:

Post a Comment