Saturday, 19 January 2013

MINGGU 3 APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


TAJUK 3 APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

  1. MEMUAT TURUN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
  2. MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWER POINT

Pengenalan


Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet

  • Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

    Objektif Kod Etika
    i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
    ii. Memahami prinsip etika komputer
    iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
    iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
    v. Keperluan etika komputer
KONSEP ETIKA

Etika komputer
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan computer yang bertul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketetpatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah satu isu atau dilemma yang membabitkan etika.
  • Penggunaan komputerdalam era maklumat.
Masalah moral dan etika
  • Penggertak
  • Penyalah-gunaan internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian cetak rompak
MASALAH MORAL DAN ETIKA

Penggertak (Cracker)

  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
  • Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.

Penyalahgunaan Internet

  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus

  • Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.

Hakcipta

  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Perisian cetak rompak

PRINSIP ETIKA KOMPUTER

KESEIMBANGAN

  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

KEIZINAN TERMAKLUM

  • Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.


KEADILAN

  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.


MEMINIMUMKAN RISIKO

  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.



Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point

Brosur

Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER

  • Brosur ialah untuk sebagai media promosi.
  • Dimana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu.
  • Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.
 CARA MEMBUAT BROSUR


  • Buka Microsoft Publisher 2007

  • Setelah ‘application’ sudah dibuka, ‘screen’ akan memaparkan gambar seperti berikut,

  • Langkah seterusnya, pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur).
  • Contoh design yang saya pilih ialah ‘Tilt’


  • Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan.

  a. Contoh brosur






  power point

·    Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
·  Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.

Contoh tugasan Power Point yang bertajuk 'Prinsip dan Etika   Penggunaan Internet'














MINGGU 2 MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Tajuk 2 :Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

APA ITU ‘ENJIN PENCARI’

1.   Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
2.    ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci
      pada ruang yang telah disediakan.
3.  Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.
4.    Tujuan (dalam konteks pendidikan)
5.    Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
6.    Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan

  
JENIS ‘ENJIN PENCARI’

                                                                     www.google.com

www.teoma.com



www.yahoo.com


  • DIMANAKAH ENJIN PENCARI BOLEH DILIHAT?

  • Tempat yang selalu kita dapat lihat :

  •  Internet 


           komputer atau laptop (intranet)



        Halaman dalam Microsoft Office Word


       
         Halaman dalam  internet



          Cara mengkategorikan maklumat
              i.        Video
             ii.        Gambar
            iii.        Ruangan
            iv.        Lagu
             v.        Multi
            vi.        Permainan
          vii.        Perniagaan


          Bagaimana mendapat maklumat di Internet ?
  1. 1.            Mengenalpasti tajuk.
    2.            Memilih kata kunci mengenai tajuk / bahan yang ingin dicari.
    3.            Memilih enjin pencarian yang tepat.
    4.            Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin  
             pencari yang berlainan) dan Mengulangi proses pencarian sekiranya 
             perlu.

































Tuesday, 15 January 2013

MINGGU 1 PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHASA MELAYU




TAJUK 1 PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Di internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya.


1. MENGGUNA WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ
  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
  • Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
  • Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
  • Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:
  • www.yahoo.com
  • www.yahoo.co.uk
  • www.yahoo.com.my
  • www.google.com






  • Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
  • Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.

2. MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :




  • Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  • Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan
  • Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
  • masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda


  • Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

3. MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG INTERNET

  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
  • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy




Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.


Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

  • Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
  • Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan