Saturday, 2 February 2013

MINGGU 5: MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


TAJUK 5: MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 


      i.        Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
    ii.        Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan
   iii.        pembelajaran Bahasa Melayu Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web   bahasa Melayu

Pengenalan

Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.


Kepentingan membina laman web
Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:

i. Memaparkan idea

• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.


ii. Meningkatkan kebolehan diri

• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet


iii. Komunikasi maya

• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama


iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna


Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.


  • Setelah memperolehi tapak laman, anda perlukan tutorial HTML bagi membuat laman/homepage dengan menggunakan tag HTML.Penguasaan kadeah HTML akan memberikan lebih daya kreativiti pada laman anda.
  • Terdapat juga beberapa cara yang paling mudah dan ringkas untuk membina laman, iaitu dengan hanya mengisi borang yang terdapat dalam laman-laman berikut:


  • Warna adalah satu keperluan, dan yang pasti,warna adalah pemancar ilham kepada para pengunjung untuk menikmati laman anda.Warna dalam laman menggunakan kod tersendiri(hex),jadi untuk memudahkan anda memilih warna sama ada untuk latarbelakang, jadual, frames dan sebagainya,sila klik mana-mana yang anda mahu mendapatkan panduan warna.
  • Tidak lengkap jika laman yang dibina tidak dimasukkan latarbelakang (backgrounds), Bullet,Icons dan sebagainya.Anda boleh mencuba laman-laman berikut untuk memperoleh latarbelakang(backgrounds),Bullet,Icons, sama ada untuk laman personal, syarikat atau anak-anak.



Contoh laman web yang telah siap:


Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.


Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.


Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah  :

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik

Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip

·                     Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
·                     Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
·                     Font yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
·                     Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:

          - Ketebalan
          - Italic
          - Bergaris
          - Warna dan saiz fon berlainan.
          - Huruf berkedip : sesuai untuk    
            tarik perhatian pembaca pada                
            sesuatu tempat.
4.
Ikon

Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)

5.
Pautan hyperteks

·                     Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
·                     Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan.

6.
Format gambar

·                     Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:

           - JPEG (* .jpeg)
           - GIF (* .gif)
·                     Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
·                     Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
7.
Format fail gambar

Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
8.
Animasi

·                     Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
·                     Animasi multimedia lebih kompleks
·                     Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
·                     Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.


MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK PEMBELAJARAN DAN LAMAN WEB BAHASA MELAYU



Memasukkan lagu(muzik)latar seperti memberi mood kepada laman anda apabila dikunjungi.Jika anda berhasrat untuk memasukkan muzik latar,dapatkan panduannya di bawah ini:
Masukkan MIDI muzik latar

Langkah terakhir
Apabila anda berjaya menyiapkan laman anda,langkah seterusnya anda lakukan ialah mengiklankan laman ke semua enjin pencari(search engine) seperti yang saya senaraikan di bawah ini.Tujuannya supaya laman(homepage)anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin pencari dan seterusnya melawat laman anda!















MINGGU 4 PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU



TAJUK 4: PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:

Bahan sastera
Bahan tatabahasa
Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Aspek-aspek penilaian

• Kewibawaan (Credibility)
Dinilai menerusi kewibawaan penulis atau pengendali laman web berkenaan

• Ketepatan (Accuracy)
Merujuk kepada tarikh, fakta dan maklumat yang mengiringi sesuatu bahan sumber itu sama ada telah ditulis dengan betul atau tidak

• Kewajaran (Reasonableness)
Merujuk kepada sama ada ia menggambarkan keadilan, pernyataan pendapat yang seimbang, sederhana serta ketekalan maklumat yang dipaparkan.

• Sokongan (Support)
Kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis bahan sumber itu



Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:

Syair
Pantun
Seloka
Gurindam
Puisi
Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:

i. Intelek

ii. Emosi

iii. Imaginasi

iv. Teknik

Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:


Pemilihan bahan tatabahasa

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa

Jenis-jenis tatabahasa

Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web

· http://tatabahasabm.tripod.com/tata/

Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya

 Jenis-jenis tatabahasa

 Kata nama
 Kata Hubung
 Kata kerja
 Kata sendi nama
 Kata nama khas

Memilih bahan bidang ilmu lain.

Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan

melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti: